Tahap Motivasi Pelajar Bahasa Arab Universiti Pendidikan Sultan Idris terhadap Penggunaan Kuiz Interaktif dalam Pembelajaran Nahu
LEVEL OF MOTIVATION OF ARABIC LANGUAGE STUDENTS AT SULTAN IDRIS EDUCATION UNIVERSITY TOWARDS THE USE OF INTERACTIVE QUIZZES IN GRAMMAR LEARNING
DOI:
https://doi.org/10.53840/dft97c17Keywords:
Motivasi pelajar, pembelajaran Nahu, kuiz interaktif, teori ARCS, bahasa arabAbstract
Abstrak. Kajian ini meneliti tahap motivasi pelajar Bahasa Arab di Universiti Pendidikan Sultan Idris terhadap penggunaan kuiz interaktif dalam pembelajaran Nahu. Isu utama kajian berpunca daripada penurunan motivasi pelajar terhadap subjek Nahu yang dianggap sukar dan membosankan apabila diajar melalui kaedah tradisional berasaskan hafalan. Seiring dengan perkembangan teknologi pendidikan, kuiz interaktif diperkenalkan sebagai pendekatan inovatif yang mampu meningkatkan tumpuan, penglibatan dan keseronokan pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk tinjauan dengan melibatkan 98 orang pelajar tahun dua jurusan Bahasa Arab yang dipilih melalui persampelan rawak mudah. Instrumen kajian berupa soal selidik berstruktur digunakan untuk menilai persepsi, motivasi dan kebolehterimaan pelajar terhadap penggunaan kuiz interaktif, manakala data dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui perisian SPSS. Dapatan menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar terhadap penggunaan kuiz interaktif adalah sangat tinggi, dengan min keseluruhan melebihi 4.5 bagi semua item. Pelajar melaporkan peningkatan dalam aspek fokus, semangat belajar, keyakinan diri dan rasa dihargai apabila menggunakan kuiz interaktif dalam pembelajaran Nahu. Hasil kajian ini membuktikan bahawa pendekatan kuiz interaktif selari dengan Teori Motivasi ARCS (Attention, Relevance, Confidence, Satisfaction) dan berpotensi menjadi strategi pedagogi efektif untuk meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab di institusi pengajian tinggi.
Kata kunci: motivasi pelajar, pembelajaran Nahu, kuiz interaktif, teori ARCS, bahasa Arab
References
Azir, N. (2021). Penggunaan teknologi interaktif dalam meningkatkan motivasi pelajar bahasa Arab: Satu kajian tinjauan. Jurnal Pendidikan Bahasa Arab, 8(1), 55–68.
Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York, NY: W.H. Freeman and Company.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2018). Research methods in education (8th ed.). London, UK: Routledge.
Creswell, J. W. (2014). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (4th ed.). Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Hendrawati, R., Sari, N., & Rahman, A. (2017). The effectiveness of interactive quiz media in improving student learning motivation. International Journal of Education and Research, 5(10), 123–132.
Keller, J. M. (1987). Development and use of the ARCS model of instructional design. Journal of Instructional Development, 10(3), 2–10.
Kusums, A. (2016). Students’ motivation and participation in Arabic language classrooms: A study of instructional approaches. International Journal of Language Education, 4(2), 66–75.
Ma’ruf, A., & Makruf, I. (2021). Digital-based gamification in language learning: Enhancing motivation through interactive quizzes. Journal of Educational Technology and Innovation, 6(1), 25–38.
Rochmah, N., & Dariyadi, S. (2023). Students’ perceptions and challenges in learning Arabic grammar (Nahwu) at higher education institutions. Journal of Arabic Studies, 15(3), 142–153.
Sumakrini, E., Yusuf, M., & Hartono, S. (2021). Interactive digital quizzes as a tool to enhance student engagement and motivation in language learning. Journal of Technology and Education, 9(2), 77–89.
Susanto, A., Rahmawati, F., & Fitriani, N. (2022). Integrating interactive technology in Arabic grammar learning: Students’ perceptions and motivation. Journal of Educational Research and Innovation, 7(4), 101–115.
Sya’bani, M., & Fithriyah, L. (2022). Interactive quizzes as a digital learning strategy in Arabic language instruction. Journal of Arabic Education, 5(2), 90–104.
Supriyatin, E. (2024). Pedagogical innovation through technology in Arabic grammar learning. Journal of Linguistics and Language Education, 11(1), 56–70.




