KESEDIAAN GURU PELATIH DALAM MEMANFAATKAN PELAKSANAAN PEDAGOGI DIGITAL ABAD KE-21

READINESS OF STUDENT TEACHERS IN UTILIZING THE DIGITAL PEDAGOGY IMPLEMENTATION OF THE 21ST CENTURY

  • Nor Azhan Norul'Azmi UNIVERSITI ISLAM SELANGOR
  • Noor Shamshinar Zakaria
Keywords: Pedagogi Digital, Kelestarian Pendidikan, Guru Pelatih, Bahasa Arab, Abad Ke-21

Abstract

Kajian ini meninjau kesediaan guru pelatih terhadap pedagogi digital dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab abad ke-21. Objektif asas kajian ini merangkumi persepsi guru pelatih terhadap pelaksanaan pedagogi digital, tahap kemahiran guru pelatih dan cabaran yang dihadapi pada abad ini. Ia juga menyasarkan kepada perbincangan bagi menyelesaikan cabaran yang dihadapi serta penambahbaikan yang sesuai bagi pemanfaatan pedagogi digital pada masa depan. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif jenis tinjauan melibatkan responden seramai 66 orang yang terdiri daripada guru pelatih di Universiti Islam Selangor. Ia menggunakan prosedur pengumpulan data secara persampelan rawak daripada populasi yang terpilih, di mana responden terdiri daripada pelajar jurusan perguruan yang masih aktif. Kemudian, data kajian ini dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Umumnya, dapatan kajian ini menunjukkan kesediaan guru pelatih Bahasa Arab terhadap pedagogi digital pada abad ke -21 serta cabaran dalam melaksanakannya berada pada tahap tinggi. Manakala kemahiran mereka untuk melaksanakan pendekatan ini pula berada pada tahap sangat tinggi. Walau bagaimanapun, penemuan ini menjelaskan terdapat aspek-aspek lain untuk mengekal dan menambah baik pelaksanaan pedagogi digital dalam pengajaran Bahasa Arab sedia ada. Implikasi kajian mencadangkan institusi perguruan memberi fokus kepada latihan bagi pelaksanaan pedagogi digital yang berkesan demi kelestarian pengajaran Bahasa Arab pada abad ini khususnya dan keberhasilan murid dalam pembelajaran amnya pada masa akan datang. 

Published
2024-12-16