PENGAJARAN TATABAHASA ARAB MELALUI PENDEKATAN TAFSIR LUGHAWI

TEACHING ARABIC GRAMMAR THROUGH THE TAFSIR LUGHAWI APPROACH

Authors

  • Md Noor Hussin
  • Ahmad Redzaudin Ghazali
  • Mohamad Syukri Abd Rahman
  • Saifulah Samsudin

DOI:

https://doi.org/10.53840/tz67wr06

Keywords:

Pengajaran, Tatabahasa Arab, Nahu, Sarf, Tafsir Lughawi

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti pelaksanaan pengajaran tatabahasa Arab melalui pendekatan tafsir lughawi dalam kalangan masyarakat awam. Pendekatan tafsir lughawi yang menekankan analisis bahasa al-Qur’an dari aspek mufradat, nahu, sarf, uslub dan balaghah dilihat berpotensi sebagai medium alternatif dalam memudahkan pemahaman bahasa Arab secara lebih kontekstual dan bermakna. Berbeza dengan kaedah tradisional yang sering bersifat teoritikal dan berfokus kepada hafalan kaedah, pendekatan ini mengintegrasikan elemen kefahaman teks al-Qur’an sebagai sumber utama pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui proses temubual melibatkan tenaga pengajar yang terlibat langsung dalam pengajian tafsir lughawi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan ini mampu meningkatkan minat, kefahaman serta keupayaan masyarakat awam dalam mengenal pasti struktur tatabahasa Arab secara lebih praktikal. Selain itu, ia turut menyumbang kepada penghayatan al-Qur’an dalam kalangan mereka. Kesimpulannya, pendekatan tafsir lughawi merupakan satu alternatif yang signifikan dalam memperkasa pembelajaran tatabahasa Arab, khususnya bagi golongan bukan akademik, dengan menjadikan proses pembelajaran lebih relevan dan interaktif.

References

Abdul Razif Zaini, Noorshamsinar Zakaria, Hasmadi Hamdan, Muhammad Redzaudin Ghazali, & Mohd Rufian Ismail. (2019). Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia: Permasalahan dan Cabaran. Jurnal Pengajian Islam, 12(1), 47–57. https://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/4/4
Abdullah, A. H. (2017). Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ab. Halim, M. N., & Nik Mohd Rahimi, N. Y. (2010). Tahap penguasaan kosa kata bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 43–52.
Ahmad Hilmi, A. B., Mohd Yusoff, M. Y. @ Z., & Amir, S. (2020). Pengajian Tafsir Al-Quran: Sorotan Aliran Klasik dan Moden. Sains Insani, 5(2), 43–50. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no2.158
Ahmad Redzaudin Ghazali. (2022). Pembelajaran kosa kata al-Qur’an sebagai asas penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar institusi pengajian Islam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7(45), 120–132
Aziz, A., & Saihu, M. (2022). Historisitas dan Sumber Tafsir Kebahasaan dalam Memahami Bahasa Al-Quran. Al Burhan: Jurnal Kajian Ilmu Dan Pengembangan Budaya Al-Quran, 22(01), 1–23
Elmia, Z. H., & Khoirul, U. (2022). Telaah Kitab Tafsir Bercorak Lughawi di Abad Pertengahan (Studi Komparasi antara Tafsir Anwar at-Tanzil wa Asrar at-Ta’wil fi at-Tafsir dan al-Bahr al-Muhit). Al Muhafidz: Jurnal Ilmu Al-Quran Dan Tafsir, 2(1).
Farhana, I. & Munirah, A. (2015). Keberkesanan Pengajaran Bahasa Arab Untuk Pemahaman Ayat Al-Quran, Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015, 8 & 9 Jun, Melia Hotel, Kuala Lumpur; 890-899
Haron, H. (2015). Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia: Isu dan cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Hassan Basri, A. M. D., & Mohd Azhar, Z. (2005). Pengajaran bahasa Arab untuk tujuan-khusus: Satu pandangan awal. Masalah Pendidikan, 20, 233– 244
Husna, A., & Fikri, M. (2023). Analisis Linguistik dalam Studi Tafsir Al-Quran Perspektif Pendidikan Islam. ISLAMIC PEDAGOGY: Journal of Islamic Education, 1(2), 108–119. https://doi.org/10.52029/ipjie.v1i2.164
Ismail, M. (2021). Approaches in teaching Arabic as a foreign language in Islamic educational institutions. International Journal of Arabic Language Education, 8(2), 115–130.
Khatib, M. A. (2019). Challenges in teaching Arabic grammar and its impact on language comprehension among non-native learners. Journal of Arabic Linguistics, 11(2),
Mahdy, W. N. (2024). Tafsir Lughawi dalam Perspektif Sejarah. Jurnal Iman Dan Spiritualitas, 3(4), 701–708. https://doi.org/10.15575/jis.v3i4.31327
Mahmud, Z. (2018). Reading comprehension of Arabic religious texts among Islamic studies students in Malaysia. International Journal of Islamic Studies, 10(1), 73–88.
Manap, N. A., Ag. Damit, S., Abas, A., & Kassim, N. (2022). Level of Proficiency Arabic Language Among Public Community in Sabah. International Journal of Humanities, Philosophy and Language, 5(17), 33–40. https://doi.org/10.35631/ijhpl.517003
Md Noor, H., Ahmad Redzaudin, G., Mohammad Rofian, I., Khairatul Aqmar, A. L., Saupi, M., (2016). Tahap Penguasaan Bahasa Arab Masyarakat Awam Melalui Pelaksanaan Pembelajaran Bahasa Arab Di Masjid, 2nd International Conference On Aqidah, Shariah and Dakwah (IRSYAD 2016)
Nasir, M. S., Yahaya, M. F., & Sahrir, M. S. (2015). Tinjauan Persepsi Pembelajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan Ibadah Sebagai Satu Keperluan Bagi Masyarakat Muslim Awam Di Malaysia. Asia Pasific Journal of Educators and Education, March 2016, 0–34
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2014). Strategi pembelajaran kosa kata bahasa Arab dalam kalangan pelajar di institusi pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39(1),
Rahman, A. (2022). Challenges in teaching Arabic language in Islamic educational institutions. Journal of Arabic Language Teaching, 14(1), 33–48.
Rosni, S. (2009). Isu pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia
Syafrijal, S. (2013). Tafsir Lughawi. Al-Ta Lim Journal, 20(2), 421–430. https://doi.org/10.15548/jt.v20i2.39
Wan Mokhtar, W. R., Abd. Rahman, M. Z., Adnan, Mohamed, M. A., & Mohd Salleh, N. H. (2017). Penguasaan Tatabahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Asasi Universiti Awam Malaysia. Arabiyat Jurnal Pendidikan Bahasa Arab Dan Kebahasaaraban, 7(2), 23–41.

Downloads

Published

2026-06-16

How to Cite

PENGAJARAN TATABAHASA ARAB MELALUI PENDEKATAN TAFSIR LUGHAWI : TEACHING ARABIC GRAMMAR THROUGH THE TAFSIR LUGHAWI APPROACH. (2026). International Journal of Arabic, Linguistic and Literature, 3(1), 208-224. https://doi.org/10.53840/tz67wr06