PERBEZAAN PENDAPAT PELAJAR DAN PENSYARAH BERKAITAN DENGAN PENGARUH FAKTOR-FAKTOR DALAMAN TERHADAP PENGUASAAN ILMU-ILMU ASAS BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR PSMBA DI IPTA MALAYSIA

DIFFERENCES BETWEEN STUDENTS’ AND LECTURERS’ VIEWS ON THE INFLUENCE OF INTERNAL FACTORS ON ARABIC LANGUAGE MASTERY AMONG PSMBA STUDENTS IN MALAYSIAN PUBLIC UNIVERSITIES IN MALAYSIA IPTA

Authors

  • Khairatul Akmar Ab Latif
  • Ahmad Redzaudin Ghazali
  • Mohamad Rofian Ismail

DOI:

https://doi.org/10.53840/2ccs5m26

Keywords:

faktor dalaman, penguasaan, ilmu-ilmu asas, bahasa Arab, Program Sarjana Muda Bahasa Arab (PSMBA)

Abstract

Makalah ini bertujuan mengenalpasti pandangan para pelajar serta para pensyarah berkaitan dengan pengaruh faktor-faktor dalaman terhadap penguasaan ilmu-ilmu asas bahasa Arab dalam kalangan pelajar Program Sarjana Muda Bahasa Arab (PSMBA) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Kajian dijalankan ke atas 150/pelajar dan 30/pensyarah yang terlibat dalam Program Sarjana Muda Bahasa Arab (PSMBA) dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan daripada lima buah IPTA yang menawarkan PSMBA iaitu UKM, UPM, UM, UIAM dan USIM. Kajian berbentuk kuantitatif dijalankan dengan menggunakan soal selidik. Ujian korelasi Pearson terhadap pengaruh faktor-faktor dalaman pelajar terhadap penguasaan ilmu-ilmu asas bahasa Arab digunakan dalam mendapatkan nilai perkaitan. Nilai-nilai ini diperoleh daripada 2 sumber yang terlibat iaitu daripada jawapan yang diberikan oleh para pelajar itu sendiri serta para pensyarah yang mengajar mereka secara langsung. Nilai pengaruh yang paling tinggi dikira sebagai nilai yang paling positif terhadap perkaitan tersebut dan begitulah sebaliknya. Secara umumnya terdapat perkaitan positif dan signifikan perkaitan antara faktor-faktor dalaman dengan tahap penguasaan ilmu-ilmu bahasa Arab pelajar dalam bahasa Arab ialah (r=0.417, p=0.000) mengikut pendapat pelajar.

Manakala terdapat perkaitan positif yang tidak signifikan antara faktor-faktor dalaman (sikap, motivasi dan persepsi) dengan tahap penguasaan ilmu-ilmu bahasa Arab pelajar secara keseluruhan dalam bahasa Arab. Ini berikutan daripada nilai purata (r>0.05). Nilai keseluruhan perkaitan antara faktor-faktor dalaman dengan tahap penguasaan bahasa Arab mengikut pandangan pensyarah ialah (r=0.230, p=0.187). Boleh disimpulkan terdapat sedikit perbezaan antara pendapat pelajar dengan pensyarah apabila pensyarah berpendapat hubungan antara kedua perkakara tersebut adalah “tidak signifikan”, iaitu hubungan itu tidak cukup kuat dari sudut statistik untuk membuktikan bahawa faktor-faktor dalaman benar-benar memberi kesan yang jelas terhadap penguasaan bahasa Arab pelajar.

References

Abdeldaim, E., Fauzi, A. F., Biha, M. I. A., Zulkifli, A. R., & Wan Mustaffa, W. M. ‘Ammar. (2023). The effect of motivation on the problems of learning the Arabic language among students of the Languages Center at the International Islamic University in Malaysia. IIUM Journal of Educational Studies, 11(2), 47–70.
Abdul Halim Mohamed. (2009). Tahap komunikasi dalam bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 1(1), 1–14.
Calafato, R. (2023). Charting the motivation, self-efficacy beliefs, language learning strategies, and achievement of multilingual university students learning Arabic as a foreign language. Asian-Pacific Journal of Second and Foreign Language Education, 8(20), 1–25.
Dörnyei, Z. (2001). Motivational strategies in the language classroom. Cambridge University Press.
Gardner, R. C. (1985). Social psychology and second language learning: The role of attitudes and motivation. Edward Arnold.
Noor Shah Saad. (2012). Persepsi pelajar dan pensyarah terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Jurnal Pendidikan Malaysia, 37(2), 45–52.
Omar, S., Hussein, N. H., Hanapi, N. F., Abdullah, Y. S., Mohd Noor, A. L., & Saidi, S. B. (2023). Self-efficacy and self-regulated learning among undergraduate in learning Arabic as a foreign language via online. Issues in Language Studies, 12(2), 227–245.
Xiaoxin, M., & Wang, P. (2023). A literature review on factors affecting motivation for learning Arabic as a foreign language. Open Journal of Social Sciences, 11(6), 203–211.

Downloads

Published

2026-06-16

How to Cite

PERBEZAAN PENDAPAT PELAJAR DAN PENSYARAH BERKAITAN DENGAN PENGARUH FAKTOR-FAKTOR DALAMAN TERHADAP PENGUASAAN ILMU-ILMU ASAS BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR PSMBA DI IPTA MALAYSIA: DIFFERENCES BETWEEN STUDENTS’ AND LECTURERS’ VIEWS ON THE INFLUENCE OF INTERNAL FACTORS ON ARABIC LANGUAGE MASTERY AMONG PSMBA STUDENTS IN MALAYSIAN PUBLIC UNIVERSITIES IN MALAYSIA IPTA. (2026). International Journal of Arabic, Linguistic and Literature, 3(1), 194-207. https://doi.org/10.53840/2ccs5m26