ANALISIS PERBANDINGAN PENTERJEMAHAN ELEMEN BUDAYA MATERIAL DALAM HADIS: FOKUS TERHADAP KELENGKAPAN KETENTERAAN NABI SAW
A COMPARATIVE ANALYSIS OF THE TRANSLATION OF MATERIAL CULTURE ELEMENTS IN HADITH: A FOCUS ON THE MILITARY EQUIPMENT OF THE PROPHET MUHAMMAD (PBUH)
DOI:
https://doi.org/10.53840/5wzq9j49Keywords:
Budaya Material, Kelengkapan Ketenteraan, Syamail Muhammadiyyah, Strategi Penterjemahan, Terjemahan Hadis.Abstract
Penterjemahan elemen budaya memainkan peranan penting dalam memastikan makna, nilai dan konteks budaya yang terkandung dalam sesuatu teks dapat dipindahkan dengan tepat ke dalam bahasa sasaran. Dalam teks hadis, elemen budaya material yang berkaitan dengan kelengkapan ketenteraan Nabi SAW bukan sahaja merujuk kepada objek fizikal, malah mencerminkan realiti sejarah dan budaya masyarakat Arab pada zaman baginda. Namun, perbezaan budaya serta ketiadaan padanan langsung dalam bahasa sasaran sering menimbulkan cabaran dalam proses penterjemahan. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis secara perbandingan metode penterjemahan yang digunakan bagi menterjemahkan elemen budaya material berkaitan kelengkapan ketenteraan Nabi SAW. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan dan analisis perbandingan terhadap data terjemahan yang dikumpulkan daripada Kitab al-Syamāʾil al-Muḥammadiyyah serta terjemahannya. Aspek analisis perbandungan dibuat melalaui dua versi penterjemahan iaitu PTS & Jabal Maraqi Dapatan kajian menunjukkan bahawa metode terjemahan literal, peminjaman dan penghuraian merupakan pendekatan yang paling dominan digunakan. Kajian ini turut mendapati bahawa pemilihan metode tertentu mempengaruhi tahap ketepatan pemindahan makna budaya dan kefahaman pembaca terhadap konteks asal hadis.
References
Abdul Ghani Jabal Maraqy. 2013. Keperibadian Nabi Muhammad SAW. Jabal Maraqy Interprise
Ahmad Sunawari Long. 2005. Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Jabatan Usuluddin dan Falsafah. Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Al-Bajuri, Ibrahim bin Muhammad. 2001. Al-Mawahib al-Ladunniyyah ‘ala al-Syamail al-Muhammadiyyah. Cetakan Pertama.
Asmah Hj. Omar. 1993. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.
As-Syamail Al-Muhammadiyyah: keanggunanmu Ya Rasulullah (Edisi 2021) oleh Imam Tirmizi terjemahan oleh Muhammad Masnur Hamzah PTS Publishing
Harun bin Zainal Abidin. 2014. Penterjemahan Teks-Teks Hadith Dalam Kitab Fath al-Mu’in. Universiti Malaya.
Ibn Manzur, Ahmad bin Mukarram. 1992. Lisan al-Arab. Dar Sadir
Ibn al-Qayyim, Muhammad bin Abu Bakar.1998. Zad al-Ma’ad fi Hadyi Khair al-Ibad.Jilid 4. Lubnan: Mu’assasah al-Risalah
Kamus Dewan. Edisi keempat. 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mas’ud Bu Khalifah (2021). al-Takafu’ fi Tarjamah al-Hadis al-Nabawi al-Syarif ila al-Lughah al-Ingliziyyah. Al-Mumarasat Al-Lughawiyyah.
Newmark, P. 1988. A Textbook of Translation. New York London: Prentice Hall.
Women with Natural Hai
Sapir, E. 2000. The Status of Linguistics as a Science in Burke, Lucy (Eds.). The Routledge Language and Cultural Theory Reader. London: Routledge
Syed Nurul Akla. (2001). Faktor Leksiko-Budaya dalam Terjemahan Arab-Melayu: Satu Analisis Karya Rihlah Ibn Batutah. [Tesis Sarjana]. Fakulti Bahasa dan Linguistik. Universiti Malaya.




