IMEJ MASYARAKAT JAHILIYYAH DALAM PUISI MUALLAQAT TARAFAH BIN AL-ABD
THE IMAGE OF JAHILIYYAH SOCIETY IN THE MU'ALLAQAT POETRY OF TARAFAH BIN AL-ABD
Abstract
IMEJ MASYARAKAT JAHILIYYAH DALAM PUISI MUALLAQAT TARAFAH BIN AL-ABD
THE IMAGE OF JAHILIYYAH SOCIETY IN THE MU'ALLAQAT POETRY OF TARAFAH BIN AL-ABD
Pengertian Jahiliyyah dan masyarakat Jahiliyyah telah diperbincangkan secara panjang lebar dikalangan ilmuan dan pengkaji kesusasteraan Arab. Goldziher, Brockelmaan, az-Zayyat, Syauqi Daif, Al-Qaysi dan ramai lagi telah memberi penakrifan istilah Jahiliyyah yang pelbagai. Walaupun begitu, adakah pengertian tersebut menggambarkan realiti sebenar kehidupan masyarakat pada waktu itu. Bagi menjawab persoalan tersebut, kajian ini akan menganalisis imej sebenar masyarakat Jahiliyyah dari kaca mata penyair Jahiliyyah Tarafah bin al-Abd seperti yang diungkapkan dalam untaian puisi Muallaqatnya. Dalam melakukan kajian, pengkaji menerapkan pendekatan kajian sastera semiotik. Semiotik atau ilmu tanda melihat sesuatu, termasuk bahasa sebagai sistem tanda dan manusia dalam kehidupannya dikelilingi oleh tanda dan berfikir dalam tanda. Berdasarkan tanda semiotik inilah bait puisi Tarafah dikaji. Selain itu, kaedah kajian yang digunakan adalah secara kualitatif sebagai asas penyelidikan, dengan menggunakan analisis deskriptif. Kaedah kajian yang digunakan adalah penting bagi memastikan matlamat kajian dapat dicapai dengan memberikan imej dan gambaran sebenar masyarakat Jahiliyyah.
Pendekatan semiotik; Puisi Tarafah bin al-Abd; Muallaqat; Jahiliyyah; Imej.
Abstract
The concept of Jahiliyyah and the Jahiliyyah society has been extensively discussed among scholars and researchers in the field of Arabic literature. Figures like Goldziher, Brockelmann, al-Zayyat, Shawqi Daif, al-Qaysi, and many others have provided various definitions of the term Jahiliyyah. However, do these interpretations truly reflect the actual reality of life during that time? To address this question, this study will analyze the authentic image of Jahiliyyah society from the perspective of the Jahiliyyah poet Tarafah bin al-Abd, as expressed in his Mu'allaqat poetry. This research employs a semiotic approach to literary analysis, examining the poet’s language as a system of signs, considering that humans exist in a world surrounded by signs and think in terms of signs. Based on this semiotic framework, the verses of Tarafah’s poetry are analyzed. In addition, the research method applied is qualitative in nature, using descriptive analysis as the foundation. This approach is essential to ensure that the study’s objective is met by presenting a genuine image and understanding of Jahiliyyah society.
Keywords
Semiotic Approach; Poetry of Tarafah bin al-Abd; Mu'allaqat; Jahiliyyah; Imagery.