PENGAJARAN BALAGHAH (AL-BADI’) MEMPERKUKUHKAN PEMBINAAN KARAKTER PELAJAR.
TEACHING BALAGHAH (AL-BADI’) STRENGTHENS THE CHARACTER DEVELOPMENT OF STUDENTS
Abstract
Abstrak
Pengajaran Balaghah di IPT adalah untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu Balaghah yang merupakan asas penting dalam penguasaan Bahasa Arab. Penulisan kertas kerja ini memperlihatkan dapatan tentang keupayaan pengajaran Balaghah khususnya al-Badi’ dalam memperkukuhkan pembinaan karakter pelajar. Penelitian tekstualiti ini berasaskan kepada kajian teks sukatan subjek Balaghah II (Al-Badi’) khususnya tajuk al-Jinas bagi program Sarjana Muda Pengajian Islam (Bahasa Arab Terjemahan) Universiti Islam Selangor. Dapatan kajian ini membuktikan pembelajaran Balaghah dapat mempengaruhi pembinaan karakter yang berteraskan sopan santun. Sopan santun pelajar boleh dilihat dari kesantunan berbahasa yang merujuk kepada nilai sopan, melibatkan pertuturan yang elok, halus dan indah serta sikap yang memancarkan budi pekerti mulia. Implikasi kajian ini adalah penting untuk mengetahui sejauh mana pengaruh pengajaran Balaghah di IPT terhadap pembinaan karakter seseorang pelajar dan memberi gambaran akan kepentingan menghasilkan modul pengajaran Balaghah yang bermutu dalam mendidik pelajar dengan mengutamakan nilai-nilai murni dalam masyarakat selain membantu mereka dalam penguasaan Bahasa Arab.
Kata kunci
Pengajaran, Balaghah (Al-Badi’), Memperkukuhkan, Pembinaan Karakter, Pelajar