PERBEZAAN PENDAPAT PELAJAR DAN PENSYARAH BERKAITAN DENGAN PENGARUH FAKTOR DALAMAN (MOTIVASI) TERHADAP CORAK PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR PSMBA DI IPTA MALAYSIA

DIFFERENCES IN THE OPINIONS OF STUDENTS AND LECTURERS REGARDING THE INFLUENCE OF INTERNAL FACTORS (MOTIVATION) ON LEARNING PATTERNS AMONG PSMBA STUDENTS IN IPTA MALAYSIA

  • Khairatul Akmar Ab Latif DR
  • Ahmad Redzaudin Ghazali
  • Mohamad Rofian Ismail
Keywords: faktor dalaman, motivasi, corak pembelajaran, Program Sarjana Muda Bahasa Arab (PSMBA)

Abstract

Makalah ini bertujuan mengenalpasti pandangan para pelajar serta para pensyarah berkaitan dengan pengaruh faktor dalaman (motivasi) terhadap corak pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Sarjana Muda Bahasa Arab (PSMBA) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Kajian dijalankan ke atas 150/pelajar dan 30/pensyarah yang terlibat dalam Program Sarjana Muda Bahasa Arab (PSMBA) dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan daripada lima buah IPTA yang menawarkan PSMBA iaitu UKM, UPM, UM, UIAM dan USIM. Kajian berbentuk kuantitatif dijalankan dengan menggunakan soal selidik. Ujian korelasi Pearson terhadap perkaitan motivasi pelajar dengan setiap corak pembelajaran digunakan dalam mendapatkan nilai perkaitan. Nilai-nilai ini diperoleh daripada 2 sumber yang terlibat iaitu daripada jawapan yang diberikan oleh para pelajar itu sendiri serta para pensyarah yang mengajar mereka secara langsung di dalam bilik darjah. Dengan demikian, nilai perkaitan yang paling tinggi dikira sebagai nilai yang paling positif terhadap perkaitan antara hubungan motivasi dengan corak pembelajaran pelajar dan begitulah sebaliknya. Secara umumnya terdapat perkaitan positif dan signifikan antara faktor dalaman (motivasi pelajar) dengan corak pembelajaran pelajar bahasa Arab (purata r=0.401, p=0.000). Statistik mendapati bagi jawapan yang diperoleh daripada respon para pelajar tentang bertanyakan pensyarah jika tidak memahami pelajaran (r=0.461, p=0.000) adalah yang paling tinggi, kemudian diikuti oleh menumpukan sepenuh perhatian semasa belajar (r=0.461, p=0.000) dan yang ketiga iaitu ulangkaji pelajaran lepas (r=0.436, p=0.000). Manakala pada pandangan para pesyarah pula Secara umumnya terdapat perkaitan positif dan signifikan antara faktor dalaman (motivasi pelajar) dengan corak pembelajaran pelajar bahasa Arab (purata r=0.410, p=0.048). Faktor motivasi tentang belajar kumpulan (r=0.554, p=0.000) adalah yang tertinggi dan paling positif, kemudian diikuti pula oleh menjaga perhubungan baik antara rakan sekelas (r=0.520, p=0.001) dan bertanyakan pensyarah jika tidak memahami pelajaran (r=0.515, p=0.001). Boleh disimpulkan daripada data yang diperoleh ini bahawa semakin positif faktor dalaman (motivasi pelajar) maka semakin baik corak pembelajaran mereka terhadap pembelajaran bahasa Arab.

Published
2024-12-16