PERBANDINGAN PENTERJEMAHAN METAFORA DARI PERSPEKTIF MAKNA LEKSIKAL DAN KONTEKS

COMPARISON OF TRANSLATION OF METAPHORS FROM THE PERSPECTIVE OF LEXICAL MEANING AND CONTEXT

  • Saifulah Samsudin
  • Nasimah Abdullah

Abstract

Metafora dianggap satu isu penting dalam bidang penterjemahan. Kebanyakan metafora bukan sahaja terikat dengan aspek linguistik teks sumber malah juga terikat dengan aspek budaya teks sumber. Sudah pasti kedua-dua aspek ini menyukarkan proses penterjemahan metafora kepada bahasa sasaran. Tumpuan kajian ini adalah untuk membandingkan hasil penterjemahan elemen metafora daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu yang terdapat dalam hadis-hadis Rasulullah SAW dari dua aspek berbeza iaitu aspek makna leksikal dan makna konteks. Bagi mencapai objektif ini, pengkaji menggunakan teori terjemahan Semantik dan Komunikatif yang diperkenalkan oleh Newmark. Tatacara penterjemahan metafora yang dicadangkan oleh Newmark turut digunakan. Data kajian diambil daripada terjemahan al-Hadith yang terdapat dalam kitab Terjemahan Riyad al-Salihin terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri. Kajian mendapati perbandingan terjemahan data terpilih antara kedua-dua aspek makna menunjukkan perbezaan yang amat ketara serta mengukuhkan keperluan agar metafora tidak difahami secara makna literalnya.

Published
2024-12-16