ANWAR SADAT DALAM NARATIF FIKSYEN: ANALISIS SEJARAH DALAM NOVEL AMĀMA AL-‘ARSH
ANWAR SADAT IN FICTIONAL NARRATIVE: A HISTORICAL ANALYSIS IN THE NOVEL AMĀMA AL-‘ARSH
DOI:
https://doi.org/10.53840/ijalal.v2i2.139Keywords:
Amāma al-‘Arsh; Naguib Mahfouz; Anwar Sadat; sejarah Mesir; pendekatan sejarahAbstract
Novel Amāma al-‘Arsh karya Naguib Mahfouz merupakan sebuah novel sejarah yang menampilkan watak-watak pemimpin Mesir dari pelbagai era dalam satu ruang naratif imaginatif. Namun, kajian ini memberi tumpuan khusus kepada watak Anwar Sadat serta bagaimana Mahfouz menggarap pemerintahan beliau dalam naratif novel. Novel ini mengetengahkan pelbagai peristiwa penting yang berlaku sepanjang era Sadat, termasuk dasar ekonomi terbuka (infitah), Perjanjian Camp David, serta konflik politik dalaman yang membawa kepada pembunuhan beliau pada tahun 1981. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis bagaimana elemen sejarah berkaitan pemerintahan Anwar Sadat digarap dalam novel ini serta sejauh mana elemen sejarah tersebut boleh dipertanggungjawabkan sebagai sumber sejarah. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan pendekatan sejarah sebagai kaedah utama dalam analisis teks. Novel Amāma al-‘Arsh dijadikan teks utama, manakala kajian berkaitan Anwar Sadat dari sudut sejarah digunakan sebagai bahan sokongan. Pendekatan sejarah diterapkan bagi menilai hubungan antara fakta dan fiksyen dalam novel, khususnya dalam menggambarkan dasar politik, keputusan kepimpinan, serta dinamika sosial pada era pemerintahan Sadat. Hasil kajian mendapati bahawa Mahfouz mengolah peristiwa-peristiwa sejarah berkaitan Anwar Sadat dengan memanfaatkan elemen fiksyen tanpa mengabaikan ketepatan fakta sejarah. Watak Sadat dalam novel ini bukan sahaja mencerminkan realiti pemerintahan beliau, tetapi juga menjadi medium kritikan terhadap ideologi dan transformasi politik yang berlaku di Mesir.
References
Che Abdullah Che Ya & Mohamad Rodzi Abd Razak. (2019). Menelusuri Elemen Sejarah dalam Novel. Akademika 89(Isu Khas/Special Issue), 5-14.
Daly, M. W. (2008). The Cambridge Modern History Of Egypt. (Vol 2). Cambridge University Press.
Hassan, M. H. (2020, Disember 10). Al-ḥuḍūr al-firaʿūnī fī riwāyāt Najīb Maḥfūẓ. Al Khaleej. https://www.alkhaleej.ae/2020-12-10/ الحضور-الفرعوني-في-روايات-نجيب-محفوظ/يوميات-ثقافية/ثقافة
Heikal, M. Hasanain. (2006). Kharif al-Ghadab. Cairo: Al-Ahram.
Hezam, Abdulrahman Mokbel Mahyoub (2015). Children of the Alley: Mahafouz's Allegory of Violence and Oppression. Arab World English Journal (AWEJ), Special Issue on Literature No.3, 86-94.
Hutcheon, L. (1988). A Poetics Of Postmodernism: History, Theory, Fiction . London: Routledge.
Kamil, Sukron. (2008). Sejarah Sosial Politik Mesir Kontemporer Periode Anwar Sadat dan Mubarak. Jurnal Buletin Al-Turas 14(2), 103-126.
Mana Sikana. (1998). Kritikan sastera moden: Teori dan pendekatan. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
Mahfouz, Naguib. (2013). Amāma al-‘Arsh. Cairo: Dar as-Syuruq.
Pasha, M. Mukhtar. (1980). Al-Tawfiqāt al-ilhāmiyyah fī muqāranat al-tawārīkh al-hijriyyah bi-al-sinīn al-ifranjiyyah wa-al-qibṭiyyah (Vol. 2). Beirut: Al-Muʾassasah al-ʿArabiyyah li-al-Dirāsāt wa-al-Nashr.
Stock, R. (2011). Egypt’s Revolution Foreseen in Fiction: Before The Throne, By Naguib Naguib Mahfouz. Foreign Policy Research Institute.
https://www.fpri.org/article/2011/05/egypts-revolution-foreseen-in-fiction-before-the-throne-by-naguib-mahfouz/
Syalabi, Ahmad. (1990). Mausuah al-Tarikh al-Islami. (Vol 10). Cairo: Maktabah al-Nahdhah al-Misriyyah.
Syaraf, Abdul aziz. (1993). Al-Fan al-Rawaie wa al-Wa’yu al-Akhlaqi. Beirut: Dar al-Jeil.
Al-Waraqi, Al-Saeed. (1998). Ittijahat al-Riwayah al-Arabiah al-Muaasarah. Dar al-ma’rifah al-Jamiiyyah.




