PEMBELAJARAN KOSA KATA ARAB MELALUI PENDEKATAN TAFSIR LUGHAWI DALAM KONTEKS PEMBELAJARAN BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN KEAGAMAAN (BAUTK)
LEARNING ARABIC VOCABULARY THROUGH THE TAFSIR LUGHAWI APPROACH IN THE CONTEXT OF LEARNING ARABIC FOR RELIGIOUS PURPOSES
DOI:
https://doi.org/10.53840/ijalal.v2i2.145Abstract
Pembelajaran Bahasa Arab untuk tujuan keagamaan (BAUTK) sangat penting bagi umat Islam untuk memahami teks-teks suci seperti Al-Quran dan Hadith. Pendekatan tafsir lughawi, yang menekankan pada pemahaman linguistik dan konteks kebahasaan, dapat memperkaya pembelajaran ini. Menggabungkan pendekatan ini dalam konteks Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) akan memastikan pemahaman yang mendalam terhadap ajaran Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kosa kata bahasa Arab di kalangan masyarakat awam melalui pendekatan tafsir lughawi dengan meneliti bagaimana pendekatan ini dapat meningkatkan pemahaman mereka terhadap teks-teks keagamaan. Kajian ini juga berperanan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Arab serta melestarikan pembelajaran sepanjang hayat. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif untuk mengumpulkan data. Kaedah yang digunakan ialah temu bual berstruktur untuk menilai pandangan dan pengalaman masyarakat awam yang mengikuti pengajian tafsir al-Qur’an melalui pendekatan tafsir lughawi. Kajian ini melibatkan beberapa institusi masjid dan surau yang terdapat pelaksanaan kelas tafsir Al-Qur’an secara lughawi. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan Tafsir Lughawi untuk pembelajaran Bahasa Arab untuk tujuan keagamaan membantu pelajar atau masyarakat awam dalam pemahaman dan penguasaan kosa kata.
References
Ahmad Hilmi, A. B., Mohd Yusoff, M. Y. @ Z., & Amir, S. (2020). Pengajian Tafsir Al-Quran: Sorotan Aliran Klasik dan Moden. Sains Insani, 5(2), 43–50. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no2.158
Aziz, A., & Saihu, M. (2022). Historisitas dan Sumber Tafsir Kebahasaan dalam Memahami Bahasa Al-Quran. Al Burhan: Jurnal Kajian Ilmu Dan Pengembangan Budaya Al-Qur’an, 22(01), 1–23
Md Noor, H., Ahmad Redzaudin, G., Mohammad Rofian, I., Khairatul Aqmar, A. L., Saupi, M., (2016). Tahap Penguasaan Bahasa Arab Masyarakat Awam Melalui Pelaksanaan Pembelajaran Bahasa Arab Di Masjid, 2nd International Conference On Aqidah, Shariah and Dakwah (IRSYAD 2016)
Mohd Puzhi Usop dan Mohammad Seman. (2010). Bahasa Arab Untuk Ibadah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
Naimah, A., Norhayuza, M., Zuraini, R., Aini, A., Juridah, A., & Midiyana, M. (2006). Tinjauan terhadap keperluan pembelajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan Agama (BATA) di kalangan masyarakat Islam Malaysia. Technical Report. Institute of Research, Development and Commercialization, Universiti Teknologi MARA




