KESAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA AUDIO-VISUAL TERHADAP PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA ARAB DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

THE EFFECT OF THE USE OF AUDIO-VISUAL MULTIMEDIA TECHNOLOGY ON THE MASTERY OF ARABIC VOCABULARY AMONG ELEMENTARY SCHOOL STUDENTS

Authors

  • NUR ELIS ZULAIKHA BINTI MOHAMAD RAFI DR. GHAZALI BIN ZAINUDDIN
  • GHAZALI ZAINUDDIN

DOI:

https://doi.org/10.53840/ijalal.v2i2.65

Keywords:

Pemerolehan Kosa Kata Arab, Multimedia Audio-Visual, Pendidikan Sekolah Rendah, Pembelajaran Bahasa Berbantukan Teknologi, Kajian Eksperimen dalam Pendidikan

Abstract

Kesukaran mempelajari kosa kata bahasa Arab dalam kalangan murid sekolah rendah sering menjadi tumpuan para pengkaji bahasa dewasa kini. Pelbagai kaedah dan intervensi diperkenalkan bagi mengatasi masalah ini, antaranya adalah penggunaan teknologi multimedia audio-visual yang dapat memperkayakan pengalaman murid dalam pembelajaran kosa kata dengan lebih berkesan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan dalam pembelajaran kosa kata bahasa Arab serta menganalisis dan menilai kesan penggunaan teknologi multimedia audio-visual dalam kalangan murid Sekolah Rendah Agama Telok Panglima Garang. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan data dikumpul melalui ujian pra dan ujian pasca serta soal selidik yang melibatkan 25 orang murid tahun dua. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan bagi menerangkan profil responden serta kesan intervensi terhadap pencapaian akademik dan penerimaan murid. Keputusan menunjukkan perbezaan signifikan antara ujian pra dan ujian pasca. Terdapat peningkatan pada pencapaian akademik dengan nilai min -1.34 (t (24) = -6.664, p <.001) di mana ia berlainan dengan penerimaan murid yang membuktikan perbezaan secara signifikan dengan nilai min -1.388 (t (24) = -6.907, p < .001). Akan tetapi, tiada perbezaan ketara pada analisis terhadap faktor jantina apabila pencapaian akademik mempunyai nilai (p = 0.947) manakala penerimaan murid (p = 0.203). Ini menerangkan bahawa intervensi teknologi multimedia audio-visual meninggalkan impak positif secara menyeluruh tidak mengira jantina. Kajian ini memberikan sumbangan dari segi teori bahkan praktikal dalam meningkatkan pencapaian akademik selain penerimaan murid terhadap pembelajaran kosa kata bahasa Arab menggunakan teknologi multimedia audio-visual, seterusnya menyokong penggunaannya dalam pendidikan bahasa kedua.   

References

Hanifah, D., & Makruf, I. (2023). Using Audio Visual Media as a Means to Make It Easier for Students to Understand Arabic Learning Material. ATHLA : Journal of Arabic Teaching, Linguistic and Literature.
Rahimi, N., Nasri, N., & Samihah, S. (2021). Promoting Digital Learning Environment in Arabic Language Education: The Use of Animated Video (AV) For Vocabulary Acquisition among Primary School Students. Ijaz Arabi Journal of Arabic Learning.
Safitri, I., & Ammar, F. (2023). Enhancing Arabic Vocabulary Acquisition through Interactive Multimedia: A Qualitative Study. Indonesian Journal of Education Methods Development.
Shah, R., & Basnyat, S. (2024). Dear teachers, Do you know? The era of teaching is over, only learning prevails. Edelweiss Applied Science and Technology.
Persici, V., Majorano, M., Bastianello, T., & Hoff, E. (2022). Vocabulary and reading speed in the majority language are affected by maternal language proficiency and language exposure at home: a study of language minority bilingual children in Italy. International Journal of Bilingual Education and Bilingualism, 25, 3729 - 3744.
Islamiati, E., Subagia, I., & Suma, K. (2024). Development of Teaching Modules in the Implementation of the Independent Curriculum to Improve the Quality of the Learning Process and Student Learning Outcomes. Jurnal Penelitian Pendidikan IPA.
Aldawood, Z., Hand, L., & Ballard, E. (2023). Language learning environments for Arabic-speaking children in New Zealand: Family demographics and children’s Arabic language exposure. Speech, Language and Hearing, 26, 266 - 277.
Hansen, J., & Broekhuizen, M. (2020). Quality of the Language-Learning Environment and Vocabulary Development in Early Childhood. Scandinavian Journal of Educational Research, 65, 302 - 317.
Sulistyaningrum, R., & Siswantoro, S. (2019). A Correlational Study Between Students’ Vocabulary Mastery, Reading Habit and Writing Skill. English Education.
Muhajir, M., & Madjid, M. (2023). Increasing Arabic Vocabulary Using Audio Visual Media Youtube Channel at TPA PRIM Kampung Pandan PCIM Malaysia. Proceeding International Conference of Community Service.

Downloads

Published

2025-12-15

How to Cite

KESAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA AUDIO-VISUAL TERHADAP PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA ARAB DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH: THE EFFECT OF THE USE OF AUDIO-VISUAL MULTIMEDIA TECHNOLOGY ON THE MASTERY OF ARABIC VOCABULARY AMONG ELEMENTARY SCHOOL STUDENTS. (2025). International Journal of Arabic, Linguistic and Literature, 2(2), 90-108. https://doi.org/10.53840/ijalal.v2i2.65