KEPENTINGAN EFIKASI KENDIRI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI
THE IMPORTANCE OF SELF-EFFICACY IN LEARNING ARABIC AT HIGHER EDUCATION INTSTITUIONS
DOI:
https://doi.org/10.53840/ijalal.v2i2.74Abstract
Efikasi kendiri merupakan salah satu konstruk teras dalam Teori Kognitif Sosial yang merujuk kepada kepercayaan individu terhadap keupayaan diri dalam merancang dan melaksanakan tindakan bagi mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pembelajaran bahasa, efikasi kendiri berperanan sebagai pemangkin kepada keyakinan pelajar, sekali gus mempengaruhi motivasi, usaha dan ketekunan mereka. Makalah ini membentangkan sorotan konseptual tentang efikasi kendiri berdasarkan kerangka Teori Kognitif Sosial oleh Bandura (1997), serta meneliti kaitannya dengan pembelajaran bahasa Arab di Institusi Pengajian Tinggi. Perbincangan menekankan bagaimana efikasi kendiri menyumbang kepada keterlibatan dan ketahanan pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab. Dapatan ini diharapkan dapat memberi panduan berguna kepada para pendidik dalam merangka strategi pengajaran yang dapat meningkatkan efikasi kendiri pelajar, seterusnya memperkukuh keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat pengajian tinggi.




