PERBEZAAN PENDAPAT PELAJAR DAN PENSYARAH BERKAITAN DENGAN PENGARUH FAKTOR-FAKTOR DALAMAN (SIKAP, MOTIVASI DAN PERSEPSI) TERHADAP CORAK PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR PSMBA DI IPTA MALAYSIA

DIFFERENCES IN OPINIONS BETWEEN STUDENTS AND LECTURERS REGARDING THE INFLUENCE OF INTERNAL FACTORS (ATTITUDE, MOTIVATION, AND PERCEPTION) ON LEARNING PATTERNS AMONG PSMBA STUDENTS IN MALAYSIAN PUBLIC UNIVERSITIES

Authors

  • KHAIRATUL AKMAR AB LATIF DR
  • AHMAD REDZAUDIN BIN GHAZALI
  • MOHAMAD ROFIAN ISMAIL
  • HUSNI ABDULLAH
  • ADNAN MAT ALI

DOI:

https://doi.org/10.53840/ijalal.v2i2.136

Keywords:

faktor dalaman, sikap, motivasi, persepsi, corak pembelajaran

Abstract

Makalah ini bertujuan mengenalpasti pandangan para pelajar serta para pensyarah berkaitan dengan pengaruh faktor-faktor dalaman (sikap, motivasi dan persepsi) terhadap corak pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Sarjana Muda Bahasa Arab (PSMBA) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Kajian dijalankan ke atas 150/pelajar dan 30/pensyarah yang terlibat dalam Program Sarjana Muda Bahasa Arab (PSMBA) dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan daripada lima buah IPTA yang menawarkan PSMBA iaitu UKM, UPM, UM, UIAM dan USIM. Kajian berbentuk kuantitatif dijalankan dengan menggunakan soal selidik. Ujian korelasi Pearson terhadap perkaitan motivasi pelajar dengan setiap corak pembelajaran digunakan dalam mendapatkan nilai perkaitan. Nilai-nilai ini diperoleh daripada 2 sumber yang terlibat iaitu daripada jawapan yang diberikan oleh para pelajar itu sendiri serta para pensyarah yang mengajar mereka secara langsung di dalam bilik darjah. Dengan demikian, nilai perkaitan yang paling tinggi dikira sebagai nilai yang paling positif terhadap perkaitan antara hubungan motivasi dengan corak pembelajaran pelajar dan begitulah sebaliknya. Secara umumnya terdapat perkaitan positif dan signifikan antara semua faktor dalaman  yang dikaji  samada dari segi sikap, motivasi dan persepsi pelajar mengikut bagi kedua-dua pihak samada pada pihak pelajar dan juga para pensyarah berkaitan dengan corak pembelajaran pelajar bahasa Arab bagi PSMBA. Kajian mendapati statistik purata keseluruhan bagi perkaitan antara kesemua faktor dalaman dengan corak pembelajaran pelajar dengan nilai perkaitan yang diperolehi mengikut pandangan pelajar adalah (r=0.451, p=0.000). Manakala statistik purata keseluruhan bagi perkaitan antara kesemua faktor dalaman dengan corak pembelajaran pelajar dengan nilai perkaitan yang diperolehi mengikut pandangan pensyarah pula adalah (r=0.618, p=0.000). Kesimpulannya semua faktor dalaman yang dikaji menunjukkan nilai positi mengikut pandangan para pelajar dan juga para pensyarah. Kedua-dua kempulan ini mengakui bahawa faktor sikap, motivasi dan persepsi pelajar berada pada tahap yang tinggi yang memberikan natijah yang baik di dalam pembelajarannya para pelajar dalam PSMBA. Ini bermaksud kesediaan para pelajar secara dalaman dalam mempelajari bahasa Arab adalah amat tinggi dan pasti perkara ini membantu di dalam usaha mereka untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab dan program PSMBA secara khususnya di universiti masing-masing

References

Abdul Halim Mohamed. 2009. Tahap komunikasi dalam bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 1(1). 1-14. UKM.
Ahmad Atory Hussain. 2002. Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Crow, L.D. & Crow, A. 1983. Psikologi Pendidikan untuk Perguruan (terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Husaini, Muhd Harun. 2007. Tahlil Kutub Ta’lim Al-Lughah Al-Arabiah Bil Muassasat At-Ta’limiah Al-‘Ulya Al-Khassah. Tesis Dr Fal, Universiti Malaya.
Ismail Suardi Wekke. 2008. Amalan pendidikan bahasa Arab berasaskan kepelbagaian budaya di pesantren Sulawesi Selatan, Indonesia. Tesis Dr Fal. UKM.
Jaseem, Ali Jaseem. 1992. Fi Turuqta’lim Al-Arabiah Li Ghai An-Natiqinbiha. Kuala Lumpur
Rahimi, Nik Mohd. 2005. Penilaian kemahiran mendengar dalam kurikulum bahasa Arab komunikasi di Sekolah-sekolah Agama kerajaan negeri. Tesis Dr Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia
Rozmi Ismail. 2011. Psikologi Sosial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Fatimah & Ab. Halim. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimeda dalam pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2) 2010 53 – 64.

Downloads

Published

2025-12-15

How to Cite

PERBEZAAN PENDAPAT PELAJAR DAN PENSYARAH BERKAITAN DENGAN PENGARUH FAKTOR-FAKTOR DALAMAN (SIKAP, MOTIVASI DAN PERSEPSI) TERHADAP CORAK PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR PSMBA DI IPTA MALAYSIA: DIFFERENCES IN OPINIONS BETWEEN STUDENTS AND LECTURERS REGARDING THE INFLUENCE OF INTERNAL FACTORS (ATTITUDE, MOTIVATION, AND PERCEPTION) ON LEARNING PATTERNS AMONG PSMBA STUDENTS IN MALAYSIAN PUBLIC UNIVERSITIES. (2025). International Journal of Arabic, Linguistic and Literature, 2(2), 148-159. https://doi.org/10.53840/ijalal.v2i2.136